Search This Blog

Wednesday, January 31, 2018

Gerhana bulan bulan Januari 2018

PERISTIWA GERHANA BULAN JANUARI 2018

Peristiwa GERHANA BULAN berlaku pada hari Rabu malam Khamis 14 malam 15 Jamadilawal 1439 H bersamaan 31 Januari 2018 malam 1 Februari 2018 Miladiah.

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :
Rakaat Pertama

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat imam/makmum kerana Allah Taala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)
3. Membaca doa Iftitah
4. Membaca surah al-fatihah
5. Membaca surah al-Kafirun
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah al-Ikhlas
10. Rukuk
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk antara dua sujud
14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :
15. Membaca surah al-Fatihah
16. Membaca surah al-Falaq
17. Rukuk
18. Iktidal
19. Membaca surah al-Fatihah
20. Membaca surah an-Nas
21. Rukuk
22. Iktidal
23. Sujud
24. Duduk antara dua sujud
25.Sujud kedua
26. Duduk tahiyat akhir
27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Mperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan
Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

3 comments:

Hans Hanis said...

thanks share...nice ilmu nih

mamapp said...

Subhanallah bukti kekuasaan Allah

Dunia Zumal said...

Nice sharing

Related Posts with Thumbnails