Search This Blog

Wednesday, January 31, 2018

Gerhana bulan bulan Januari 2018

PERISTIWA GERHANA BULAN JANUARI 2018

Peristiwa GERHANA BULAN berlaku pada hari Rabu malam Khamis 14 malam 15 Jamadilawal 1439 H bersamaan 31 Januari 2018 malam 1 Februari 2018 Miladiah.

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :
Rakaat Pertama

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat imam/makmum kerana Allah Taala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)
3. Membaca doa Iftitah
4. Membaca surah al-fatihah
5. Membaca surah al-Kafirun
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah al-Ikhlas
10. Rukuk
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk antara dua sujud
14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :
15. Membaca surah al-Fatihah
16. Membaca surah al-Falaq
17. Rukuk
18. Iktidal
19. Membaca surah al-Fatihah
20. Membaca surah an-Nas
21. Rukuk
22. Iktidal
23. Sujud
24. Duduk antara dua sujud
25.Sujud kedua
26. Duduk tahiyat akhir
27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Mperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan
Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Monday, January 29, 2018

Petua Lembutkan Hati Pasangan

PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN 😍😍😍

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.

Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.




InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. 😇

Apa lagi? Ajak hubby solat jom. 😉

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Kredit Sumber FACEBOOK: Afnan Rosli

Friday, January 26, 2018

giveaway #1 new year 2018 by cikyan

Salam korang....

jom kite beramai2 meraikan giveaway cik yan niii






cara2 nk join pun mudah sgt...
1. Buat entry bertajuk "giveaway #1 new year 2018 by cikyan". dan linkkan ke entry ini. Jangan lupa tepek banner sekali okeh.
2. Wajib review sikit blog cikyan dlm entry nanti
3. Wajib follow blog cikyan nih.
4. Cerita azam tahun baru korang okeh
5. Jangan lupa tinggalkan jejak tau.



REVIEW BLOG CIK YAN

Blog CikYan simple dan cepat loading. tak byk gambar sangat so tak rasa crowded. Tenang je bile tgk background bunga tulip Purple. I like TULIP. :)

AZAM BARU 2018

banyak jugak azam baru tahun ni..dan tak ter list down pun...hahaha...semuanya masing berlegar2 dalam kepala. da nak habih bulan Januari pun...hahahha...okla, wishlist nak jadi ibu yang terbaik kepada Arissa dan Emir. InsyaAllah. Nak jadi perkerja yang rajin dan bole complete task on time (selalunye seuka tangguh kerja sampai waktu2 nak delivered).. nak rajin2 update blog, at least one post a day. :)



Rezeki hari jumaat

Rezeki Hari Jumaat  |   Salam Hari Jumaat korang. cepat je masa berlalu. harini da masuk hari Jumaat, dan esk cuti...Yeay!!  Alhamdulillah, sampai2 je ofis, dengar orang bising2 kata ade free food kat Cafe!!! 

Then, aku check email plak. ade celebration ape ni? Nape dorang nak kasi free food ni. bile check email dapt satu email heading nye cam gini..
"Thank you for an incredible 2017!"

Apelagi, terus aku turun g cafe. masa aku pegi tu, da tak ramai org. ramai yang da amik. aku antara orang yang last laa....hehehe...

nak tau apa yang aku dpt.....


tara!!!!

v

v

v

v

v

v


cream cheese indulgence
the cream cheese indulgence from Bread History
bread history
Ada 4 biji cupcake yang yummylicious...makan satu pun da kenyang...so, aku tapau bw balik umah....


So, setiap orang dapat 2 biji cupcake yang sedap ni... 2 biji adalah Winter Magma iaitu chocolate souffle with cream cheese....dan lg 2 biji adalah Karui Snow Cake contain pure bliss of creamy delight & fruity freshness filling; topped with buttery almond crumbles.

Alhamdulillah, sepangjang almost 10 tahun bekerja kat sini, banyak surprise yang aku dpt. Benefitnye memang bagus. Bonus pun Masyuk!! Bos2 memang jaga pekerja kat sini. sebab tu, ada tagline " Great Place to work" GPTW. :) Best jugak, sbb masa sgt flexible, tak kisah nak masuk awl/lambat...takde sistem punch kad...janji kerja siap on time. 

tapi, kadang2 rasa bosan jugak. ade masa nak cari kerja lain. tapi, selalu tak dapat pun nak pindah ke tempat lain. Mungkin disinila tempat ku mencari rezeki sampai pencen??? (hahahhaa...ntahlaaa)

Apa2pun, tahun ni kena bekerja  dan berusaha lebih keras lagi untuk kejayaan yang membanggakan.

Thursday, January 25, 2018

Cik Epal sebagai Personal Shopper

Cik Epal sebagai Personal Shopper | Salam korang...sekarang ni, semakin ramai yang menjadi personal shopper atau selalu kite panggil PS je. sape yang selalu beli kat PS ni...aku la tu...hehhe...sebab habitku yang suka sangat online shopping, aku memang akan percaya kat PS2 ni..Alhamdulillah, so far sume PS yang penah aku deal baik2 belaka. ade jugak terkena sekali, terus band that shopper.


Bile google pasal Personal Shopper ni, rupa2nye ada satu film  Personal Shopper is a 2016 supernatural psychological thriller film written and directed by Olivier Assayas,[3] starring Kristen Stewart. (wiki) cite cam menarik jugak. bole kite try cari DVD pasal filem ni...

Ok, berbalik pada tajuk utama aku, sape yang tak kenal Cik Epal kan...blogger hebat...follower beratus2 ribu..skang ni, sangat aktif di media sosial Instagram. CIk Epal selalu jugak melancong ke luar negara. Dalam setahun tu, banyak kali jugak die pergi melancong. best kannn... Sambil melancong, cik Epal ada wat servis as Personal Shopper jugak...waaa...untung kan, sambil travel, kite leh tolong shopping untuk orang lain jugak...Terima kasih banyak2 untuk Cik Epal sebab tolong belikan Cik teapot n cup yang sgt cute miut n come lote tuuuu....geramm sgt....Lepas cik epal update kt IG story, terus aku DM and mintak tolong Cik Epal belikan. Alhamdulillah, cepat je CIk Epal reply dan berjaya belikan satu set untuk aku... terima kasih banyak2, Cik Epal. Really apperecite it. :)



Actually, sebelum CIK Epal, aku ada guna jugak servis PS orang lain. Antara PS yang bole dipercayai dan aku recommended sgt2, aku listkan kt bawah ni ye. senang sangat nak deal ngan PS2 ni...Alhamdulillah.

PS untuk barang2 UK:

  • sofea.the.shopper - aku selalu beli brg mekap kt sini seperti huda beauty or MAC. gelang swarovski jugak murah.
  • an_ukshopper - kalo berminat ngan pinggan mangkuk (portmerion) bole contact ig ni...ade jugak baju2 baby yang comel lote seperti brand gap o mothercare murah.
PS untuk barang2 US:

ok, tu antara servis2 yang penah aku gunakan. servis capat dan pantas. dan paling penting, barang yang kite order tu sampai kat tangan kita ngan sempurna. :)


dapat yang real teapot ni pun lagi comel


personal shopper PS
Arissa excited sgt dpt kawan2 belle...padahal tu mama punye...


teapot n cup
Cute sgt kannn MRS POTT and her son CHIP drpd cite Beauty and the Beast...
kite letak kat sini dulu



till next time.

Wednesday, January 24, 2018

Minyak pati bunga ROS atau ROSE OIL daripada Turkey

ROSE OIL FROM TURKEY | Salam korang. sekarang ni semakin banyak produk baru daripada negara timur tengah. Semuanya produk muka yang hebat hebat belaka. 

Aku da lama pakai Ros Oil ni. Actually, aku dapat daripada adik iparku yang bekerja kat Turkey. Menurutnya, orang kat sana memang mengamalkan Rose oil ni untuk kecantikan semulajadi dorang. Oleh kerana aku rasa produk ni best dan berkesan untuk aku, so aku share la kat sini ye.

Ni adalah details Produk original from Turkey.
Product Details
MINYAK PATI BUNGA ROS KARDEN 20ML
  • Dihasilkan di Istanbul Turki. Handcarry ke Malaysia.
  • Kepekatan 100% tulen dan asli (Cosmetic grade). Tiada bahan campuran.
  • Mujarab untuk melicin dan melembabkan kulit wajah serta membuatkannya sekata,
  • Sangat mujarab dalam merawat jerawat dan jeragat.
  • Kaya dengan pelbagai vitamin dan zat galian yang baik untuk wajah serta kulit anda.
  • Meredakan stress dengan aroma terapi seterusnya membuatkan anda lebih bersemangat, yakin dan bertenaga dalam menjalankan urusan harian
Antara lain kebaikan pati minyak ros ni adalah


  • bole mengecutkan jerawat
  • menghilangkan kulit kusam
  • pakai semlm muka akn jd lembut
  • bole wat base utk makeup
  • bole mix dengan krim siang dan sapu setiap hari
  • anti penuaan
  • tak oily
  • bole thn lama selama 3 bln (20 ml, tapi setiap hari kite hanya pakai setitik dia je)
  • paling best sgt wangi (haruman bungan ROS)

rose oil original from turkey
original from Turkey....kotak pun memang dalam bahasa Turkey




Sape berminat bole tengok kat FACEBOOK page:

Tudung Instant 3 saat Lebih Gojes tanpa cermin

SHAWL VIRAL 3 SAAT | Assalamualaikum korang. penah dengar tak pasal shawl 3 saat ni? Aritu, aku ade singgah butik yang jual tudung 3 saat ni. nama butik tu AIRISSH. butik tu kat Bertam, Penang je. Oleh sebab, rumah ku dekat ngan butik tu, selalu jugak la singgah kat sana.


Memang best pakai tudung 3 saat ni. Memandangkan aku bekerja dan busy woman nak layan anak dua org lagi, aku memang prefer tudung yang sarung2 dan siap... Husband pun tak bising. selalu kalo bersiap lama tu, memang berdesingla telinga ni dengar bebelan beliau....hahahha

===========================
10 SEBAB ANDA PERLU DAPATKAN KOLEKSI MY HIJAB
===========================
👉 THE BEAUTY MY HIJAB, DAISY NO MIRROR.
Wauuuuu..... MY HIJAB By AIRISSH tak sama seperti instant shawl yg lain tau. HANYA 3 SAAT DAH SIAP. Dalam sekelip mata ja dah siap !!!! Uolzzz dah tak payah nk berebut-rebut tgk cermin, Tengok2 nanti uolzz lagi segak daripada depa yg nk berebut cermin. MY HIJAB kali ni akan membuatkan ANDA akan tampil lebih bergaya daripada org lain.. Mesti lepas ni ada org dengki sbb uolzz lagi segak daripada depa-depa tu kan...
👉 THE SUPERBBB MATERIAL, HIGH QUALITY CHIFFON.
Uolzzz mesti tak perasan bila tgk dekat gambar ni kan...shawl MY HIJAB, DAISY ni daripada material chiffon tau. Sejenis material yg sgt senang nak dibentuk... nak tahu rahsia MY HIJAB, tgk la awning dia.... sangat senang dibentuk, dan yg paling penting tak panaihhhh lansung tau walaupun suhu iklim dekat Malaysia mcm kat Afrika dah..
👉 THE GORGEOUS AWNING MY HIJAB, DAISY.
Awning sumpahan daripada MY HIJAB. Sebabbb... ramai dah jatuh hati dekat awning dia. Pakai ja trus melekap dekat muka uolzz.. Dulu boleh la pakai shawl asyik perbetul muncung kat atas kan... Sekarang ni dengan adanya MY HIJAB, tak payah nak kalut-kalut perbetul dah... HANYA 3 SAAT DAH SIAP CANTIK TERUS... Amacam ?? Terpikat dah kan..hehe
THE MORE BEAUTIFUL COLORS OF DAISY.
Daripada warna pastel, warna tak pastel...smua ada tau ! Kali ni MY HIJAB membawa warna-warna kelainan kepada anda semua... yang pastinya Cik Anje jamin mesti korang rambang mata nak pilih kan..kan.. Lepas ni, percayalah mesti ada org sebelah anda dok jeling-jeling tngok sbb dah terlebih cantik kan..
👉 THE MAGIC OPACITY ONLY 80 %.
Jangan risau.... Lepas ni takde dah mata2 yg nk tembus tgk dalam..hahhah. Diyakini aurat dilindungi..
👉 THE LOWEST MAINTENANCE NEEDED.
Lepas pakai nk campak2 pun takpe.... anak2 nk main2 pun boleh.. konpom awning maintain macam tu jugak. Yang penting... Nak basuh machine pun boleh. Yang Penting Selamat sentiasa.
👉 THE BEAUTIFUL FLOWY DAISY
Ce tengok gmbar...nmpak flowy kan.. Bila korang pakai lagi cun melecun. Tersangat FLOWY. Orang sebelah tgk pun mesti jelezz sbb depa punya tak flowy mcm uolzz pakai..
👉 THE PRETTY MUSLIMAH COVERING
Lepas ni takyah belit-belit dah smpai tersingkat bahagian depan.. Opzzz dah ternampak ! Sarung-sarung dah cover apa yg ada kan...
👉 THE ZERO NEEDLE PIN NEEDEED
Lepas ni takyah nk berebut-rebut jarum pin ampa. Bila ja nk pakai shawl mesti cari jarum tak jumpa.. Daripada satu bekas yg ada byk..last2 tinggal 5 ketui ja... La ni... senang, pakai MY HIJAB, DAISY trus takyah guna pin2 apa pun.. sarung2 ja da siap. Magic sungguh..

👉 THE ELEGANCE DISCOVERD
Sapa rasa, bila pakai shawl ja msti rasa diri dia tak cantikkan. Uolzz jgn risau, Uolzzz sarung ja MY HIJAB, DAISY kat muka.. trusss tukaq jdi Warda #surihatimrpilot.. Amacam nak jdi cantik mcm warda tak ? hahha
.
.
Sekarang ni masa yg ditunggu-tungu... HARGA MY HIJAB, DAISY akan terbongkar !!! semua tak sabar dah kan !!!
.
.
===========================
HARGA MY HIJAB, DAISY
===========================
SAIZ S:
BELI 1 HELAI - RM 69

SAIZ M:
BELI 1 HELAI - RM 79

SAIZ L:
BELI 1 HELAI - RM 89

*Harga tidak termasuk postage*


koleksi premium yang lama

shawl instant 3 saat
model pakai tudung ni nampak cntik

aku try tudung kosong niii kaler camel

pelbagai kaler utk design daisy ni

kain flowy dan sejuk je

Yeay!! grab 2 helai tudung

Siap ngan kotak sekali

nila pilihanku daisy Floral. 

============================
HOW TO ORDER MY HIJAB, DAISY
============================

1. WHATSAPP
Kalau uolss sukakan two-way communication, boleh whatsapp team kami direct terus.. Friendly owsem reply!! Tapi uols kena sabar tunggu Q up ye darlingssss...
2. TERJAH ke butik AIRISSH utk full satisfaction darlingsss..
No.23, Jalan Dagangan10,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Penang.

Tuesday, January 23, 2018

Lagu baru Siti Nurhaliza khas buat anak dalam perut

Dato' Sri Siti Nurhaliza menyampaikan buah tangan terbaru lagu berjudul Comel Pipi Merah di majlis gathering kelab peminatnya sitizone14. Lagu ini dirakam khas untuk bakal puteri yang akan dilahirkannya. Turut menyanyi bersama siti adalah dua orang anak saudara beliau. Lagu ini sangat sing along, menangkap dan mudah diingati melodinya. Bakal menjadi siulan kanak-kanak. Ting ting tang ting tara ting teki ting tang ting

Untungla anaknya nanti. hari2 bole dengar suara mama yang merdu....



Blouse Muslimah Terkini dan Moden ala ala Barbie Doll top

Blouse Muslimah Moden dan Terkini | Nak casual look untuk santai?

BAlovers mesti dah tak sabarkan nak grab #BaimondsDollTop kanSebab masa Kak Belle (ladyboss Bella Ammara) post OOTD di IG tu pun ramaiii sangat dah tak sabar nak grab #BaimondsDoll Top ni.

Yess ini berita baik untuk korang yasebab BellaAmmara akan produce #BAimondsDollTop colour Black untuk korang.

#BaimondsDollTop ni sangat sesuai yaa kalau nak pakai santai-santai dengan  family atau kawanEhhh korang jangan nakk limit pula kuntuk pakai #BAimondsDollTop ni time malam je,,

Material yang ada glitter ni sebenarnya sesuaii je kalau nak pakai time siang sebab, glitter pada#BaimondsDollTop ni tak akan buat mata orang-orang yang pandang tu silau.. kalau silau pun,, bukan sebab kena matahari tapi silau sebab   jealous tgk korang pakai baju cantik.

Bagi yang tak tahu cara untuk gayakan#BaimondsDollTop , sebenarnya #BAlovers boleh   pakai #BaimondsDollTop dengan matchkan bersama palazzo atau skirt yaLagiii cantik kalau korang matchkan dengan beberapa accessories seperti bangles, atau cincin yang   sepadan.


Ada banyak cara sis semua boleh purchase#BaimondsDollTop dari Bella Ammara ni ya.
Sis boleh dapatkan di
• Website Bella Ammara :
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com


bella ammara

.
• Butik-butik Bella Ammara
Shah Alam: www.belleyahya.com/BAshahalam
Kuala Lumpur: www.belleyahya.com/BAkualalumpur
Johor Bahru:www.belleyahya.com/BAjohorbahru
Bangi: www.belleyahya.com/BAbangi
Kuantan: www,belleyahya.com/BAkuantan
Sungai Petani: www.belleyahya.com/BAsungaipetani.

• Authorize Dropship Bella Ammara
KLIK_DAN_SAY_HI_HI
KLIK_DAN_SAY_HI_HI



blouse hitam baimond
Pair your BAimonds Doll Top with your favourite shawls and accessories! You will definitely look effortlessly clean, gorgeous, and beautiful inside and out!










Baimonds Doll Top
Design: Casual doll top
Material: Custom made luxury glitter cotton lycra
Detailing: BA Plate
Feature: Breast Feeding Friendly
.
Colour: Black
Price: RM 129 GST included
Release Date:
.
Product Care: Suitable for machine wash.

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku dengan ikan goreng panas panas

Resepi masak lemak pucuk paku |  Assalamualaikum korang. harini baru masuk keja. semalam cuti Sultan Kedah Birthday. cuti tiga hari tu, aku tak kemana pun.. just spent time with my kids and main masak2 jugak.

Pagi Ahad, cik husband g pasar tani dan bawa balik pucuk paku....waaaa....dalam hati ni, sedap betul kalo wat masak lemak kann...so, ape lagi, aku terus masuk dapur dan start puch card....

ni, resepi yang aku guna:


Bahan-Bahan:
1 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
9 biji cili api – tumbuk (aku tak letak sebab nak bg anak2 yang kecil makan sekali)
1cm isi kunyit – tumbuk
2 biji bawang merah – tumbuk
1 batang serai – titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:
1. Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan bilis dibersihkan dan di tumbuk kasar.
2. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.
3. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan sikit air.
4. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat
tara....

*
*
*
*
*
*
masak lemak pucuk paku
SIAP!!! 



sambal merah
makan sekali dengan  sambal masak merah ikan temenung.



panas panas
Anak2ku memang suka makan ikan goreng panas2 niii...

Saturday, January 20, 2018

Resepi Asam laksa

Resepi Asam Laksa |  Asam Laksa Cina yang sangat sedap dan mantap!!! Payah jumpa dikedai melayu! Kena try buat..

Resepi ni aku dpt dr kawan cina yg ajar, mmg sedap!! Asam laksa mmg org cina pakar! Try la..
Sedap sgt!

Bahan utama:
3kilo Ikan kembong
1tin kecil sardin

Bahan Kisar:
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

Lain lain:
4tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan - belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
� - 1 biji nenas masak - blend dan masuk dalam kuah

Hirisan/Hiasan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

Cara-Cara Penyediaan:
3 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat dan disiakkan isinya. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet (aku cuci dulu). Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.
Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
Guna laksa beras, lagi sedap, bihun pun blh. Ok.
.
P/s:
- Boleh letak otak udang klu nk, tp kwn cina sya ckp, atok dia bg thu, real asam laksa Ni x ada pun otak udang tu..
- ikan yg lebih tu rebus, ambik isi dan letak atas laksa.

asam laksa yang sedap

Selamat Mencuba ye korang!!!

Sumber facebook

Friday, January 19, 2018

You are what you think so always think POSITIVE

Salam Petang Jumaat,


BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI



Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW..

Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi.

Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,
" Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab,
" Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
‘ Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya ’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullaah SAW.

Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini.

" Barangsiapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya "
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

🔹 Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

🔹 Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

🔹 Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.

🔹 Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

🔹 Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

🔹 Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah "The Law of Attraction"
Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta

*You are what you think

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha optimal dan berdoa.

Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah,  maka ALLAH berfirman, " Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Fikirkan yang baik-baik, berkata yg baik, Bertindaklah yang Baik Baik, dan Insyaa Allah yg datang juga yang Baik Baik!

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...


Semoga bermanfaat untuk semua.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Related Posts with Thumbnails